Tuesday, 7 July 2015

Cik Bandar Dicinta Petani Kacak (Part 2)


"Aduh...auch..ahh..aww.. sakitlah nek" Wafa mengaduh kesakitan apabila nek Mah meletakkan ubat di kakinya. 


"Peritnya rasa. Itik tu memang nak kena dengan aku ! Siaplah kau nanti, itik. Aku goreng buat itik penyet baru padan rasa di muka engkau, haih. Masalah..masalah" Wafa membebel sendiri. Masih terimbau kejadian pagi tadi. Dia dikejar itik yang...penuh dengan lumpur. Erghh..


"Jangan berangan la kau dik. Masak pun entah pandai ke entah idok haa.. hahaha" Khairul ketawa lagi. Bukan apa, dia masih terasa lucu apabila mengenangkan kejadian adiknya berlari keliling rumah sambil dikejar itik-itik yang kacak. Muahahaha.


Wafa menjegilkan matanya kepada Khairul. Siaplah Along khairul kalau dia bocorkan kepada nenek yang aku ni tak pandai masak. Memang dengan dia-dia sekali aku buat masak goreng penyet kang. Watch out, along Khai !


"Auuu nenek..sakitttt" Hampir menitis air mata Wafa melihat kakinya yang penuh dengan lebam dek dipatuk itik kampung. Buruk dah kaki aku, maaaaaaa...



   Di sudut lain, Datin Safiya sedang berbicara dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Oleh sebab itu, tugasnya untuk menyapu ubat pada kaki Wafa diambil alih oleh 'mem' besar rumah ini.


"Assalamualaikum abang. Abang dah sampai ke ?" Datin Safiya memulakan perbualan dengan Dato Muiz.


"Waalaikumussalam Safiy. Abang dah sampai dah. Tengah check-in hotel ni. Kenapa sayang?" 


"Abang tau tak....." Datin Safiya sengaja mengumpan suaminya.


"Manalah abang tau. Awak tak bagitahu lagi. Ishh awak ni" Dato Muiz menggelengkan kepala dengan perangai isterinya.


"Abang pun ! janganlah potong apa yang saya nak cakapkan ni" datin Safiya mencebik . Macamlah suaminya boleh nampak apa yang dia lakukan sekarang ini.


"Marahkan abang pula? Yalah..yalah. Abang dengar ni. Cepatlah bagitahu abang, Safiy"


"Wafa, dia kena kejar dengan itik kampung. Lari bukan main lagi... mengalahkan atlet, sampai nak tercabut tudung, abang tahu. Haihh.. anak dara apa macam tu. nak tercabut jantung saya ni, bang. Ni pun salah satu rancangan abang ke?" kali ini, nada suara Datin Safiya semakin perlahan. 


Datin Safiya sudah sedia maklum akan 'rancangan murni' suaminya. Itu pun puas dia memujuk cik abang tersayang, barulah Dato Muiz beritahu rahsia tersebut. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut ! Lagipun, memang dia setuju benar dengan rancangan suaminya. 



"Kenapa? Awak tak suka ke? Jangan risau. Itik-itik tu tak berbisa. Dua tiga hari lagi hilang la lebam pada kaki anak manja kita tu. Jangan risau lah" Dato Muiz memujuk isterinya. Dia tahu benar yang isterinya risau akan keadaan Wafa. Maklumlah, mereka berdua menjaga anak-anak bagaikan menatang minyak yang penuh. 


"Baiklah kalau abang dah cakap macam tu. Baru saya rasa lega sikit. Okaylah bang, saya nak keluar tengok siapa yang datang tu. Abang rehat ye. Jangan kuat sangat bekerja, makan jangan lupa. Jaga kesihatan. Makan buah banyak. Assalamualaikum" Datin Safiya tidak jemu menasihati Dato Muiz.


"Ya sayang. Don't worry. saya ingat pesan awak. Waalaikumussalam" 

Lantas panggilan dimatikan.





DATIN Safiya bergegas naik ke atas tangga kayu untuk menuju ke rumah atas. Nek Mah yang sedang menonton televisyen sambil diurut oleh Khairul memandang ke arah anak perempuannya yang kalut menuju ke pintu. 


"Oiii Piya, nak ke mana kamu berlari ni?" Nek Mah menegur Datin Safiya. Datin Safiya segera berpaling kepada maknya.


"Mak... mak tak dengar ke orang bagi salam? Kesian Piya tengok salam dia tak berjawap. Ni Pia nak pergi tengok lah ni" 


"Mak tak dengar la pulak. Aduh..haa..haaa situ Khairul" Nek Pah sedang enak melayan urutan daripada Khairul. Bagus betul cucu lelakinya. Pandai mengurut .
Padanlah Nek Mah sampai tak dengar orang bagi salam. Terleka la katakan .


"Woii..woi..kuat sikit picit tu. Lemah je aku tengok. Muahahaha" Wafa menolak perlahan bahu abangnya menggunakan hujung ibu jari kaki kanannya. Dia diberi off-day daripada nenek. Kalau tidak, mungkin kerja mengurut nenek ini, dia yang terpaksa lakukan. Hailahhh itik, berguna jugak kau ni. Tak jadi aku nak buat masak goreng penyet. kikiki.


"Wafa ! Janganlah. Kang kaki kau yang elok lebam je ni, along patahkan 14 terus !" Khairul tidak dapat lagi menahan sabar dengan adiknya. Beri betis, nak drumstik ! 


"Lek lu..lek lu, brothaaa. Hehehehe" Wafa ketawa lagi. Khairul hanya menjulingkan matanya ke atas.



"Siapa yang datang tu Piya?" Nek Mah menjerit dari dalam.



Datin Safiya yang sedang berbual dengan tetamu di luar, menoleh apabila Nek Mah bersuara.


"Yan yang datang mak. Katanya nak cari itik-itik dia yang hilang. Mungkin itik yang serang Wafa tadi kot" Tetamu yang bernama 'yan' tu membuntangkan mata. Alamak...kene serang itik aku?



Wafa yang terdengar perihal 'itik' dan 'serang' dalam sepantas kilat, menangkap bahawa perbualan tu adalah berkenaan dengan dirinya. Suspek ? Diberkas !

Pantas Wafa berlari ke arah mamanya. Dia sudah tidak memikirkan akan kain batik yang dipakai ala-ala seperti kain pelikat . maklumlah, bukannya dia biasa pakai kain batik pun kat rumah. Alamatnya beginlah jadi. 


"Ahh..lupakan semuanya ! Now aku nak tengok itik pakcik mana yang berani serang aku ni haa. Bersiap sedialah anda, wahai pakcik yang tidak pandai menguruskan itik dengan betul !" Wafa bersemangat.




"Makcik, itik saya buat masalah ke? Dia serang anak makcik? Maafkan saya makcik. Itik saya memang gatal tak bertempat. Dengan perempuan, mula lah dia nak kejar. Maafkan saya makcik. Biar saya ganti rugi apa yang terkurang. Makcik bagitahu je... saya akan--"


"Hah ! kau mampu ke nak ganti kaki aku yang cantik ni. hasil ukiran khas daripada itik-itik kau tu. Cakap memang senanglah. Ganti rugilah...apalah. Jaga itik pun tak pandai ke?" Wafa segera menyerang apabila dilihat pemilik itik-itik tersebut adalah golongan muda-mudi dan bukannya pakcik tua. 

Sebab tulah dia berani cakap kasar. Kalau pemilik itik-itik tu warga emas, memang taklah dia nak cakap kasar. Dia punya budi pekerti yang luhur okay ! Sila jealous. haha.



"Wafa . Tak baik cakap macam tu, sayang . Minta maaf balik !" Datin Safiya menegur anak bongsunya yang kurang sopan.


"Ehh..tak pe makcik. Saya tak kisah. Lagipun apa yang cik...wafa ni cakap memang betul. Saya yang salah sebab tak pandai jaga itik. Maaf lah ye cik wafa" Tetamu yang bernama 'yan' itu segera menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Wafa. Wafa terkesima.


Gila lah mamat ni. Tak belajar Pendidikan Agama Islam ke kat sekolah? Orang bukan mahram mana boleh bersentuhan. Ni nak kene ceramah dengan Ustazah Wafa Aulia ni. Haihh.. 


Yan pelik melihat salamnya tidak bersambut. Bukan apa, tangannya dah bersih dari segala kekotoran. bahkan secalit lumpur pun tiada. Kalau diletak bawah sinaran matahari, shining-shining gituuu~ . Memandai la kau Yan, Hiperbola punya ayat kau kasi.


"Wahai encik penternak itik. Awak tak sekolah ke ? Tak belajar Agama? Perempuan dengan lelaki mana boleh bersalaman. Bukan mahram tahu ! Kita kena bernikah dulu. Baru la boleh nak salam ke... apa ke..." Wafa menjulingkan matanya. Dia mengaku, hatinya dah lembut sikit. Oleh sebab itu, dia dah tukar kata ganti nama diri kepada 'saya-awak' . Berterima kasihlah kepada Wafa yang baik ini, wahai encik penternak itik.


Yan menarik senyuman kecil di hujung bibirnya. Lagaknya agak sinis di mata Wafa. "Kalau macam tu. Kita kahwin je lah. Baru boleh salam kan? Tak gitu cik Wafa?" 


Wah ! Dia main-main dengan Wafa Aulia lah. wah..wah..wah... Kau belum kenal ini siapa lah ! nanti kau, aku serang !



"Haaaa..baguslah macam tu. Elok sangatlah kalau nak dinikahkan si Yan ni dengan Wafa. Nenek setuju sangat" Nek Mah menyakat cucunya. Terus si Wafa tak jadi nak serang Yan.


"Nek ! Taknaklah Wafa dengan apa ntah nama dia ni. Dahlah nama tak sedap. Yan..yan.. so pelik. Macam nama pakcik-pakcik !" Wafa mencebikkan mulutnya.


"Eh minah ni. Suka hati nak mengutuk nama mak ayah aku bagi. Pikir nama dia sedap sangat lah? Tempeleng japgi. heh" Yan mengutuk Wafa di dalam hati.



"Yang adik menutuk nama dia ni, ingat nama adik adik tu sedap sangat ke? beruntung tau adik, sebab mama dengan papa tak kasi nama Senah ke..Bedah ke..Rojah ke kat adik. Kalau tak, adik yang malu kot." Khairul muncul dari pintu. Tersengih memandang adiknya yang sedang bertekak dengan seorang mamat yang...boleh tahan kacak.


"Along jangan sibuk ye ! Talk to my hand lah !" Waga menjeling Khairul.


"Siapa pulak mamat ni. Abang kepada minah ni ke? Muka sepesen je. ye la kot. Ahh apa-apa pun, thanks bro. Kaulah pembela bagi pihak aku. Walaupun sebenarnya aku tak perlukan pembela sebab aku boleh bela diri aku sendiri. Tapi....nah! Thanks la walau apa pun" Yan terharu tapi tak sangat dalam hati.


"Talk to my hand... talk to my hand. Ayat tu je la kau duk ulang, dik oii. Cuba pakai ayat lain. Menyampah along dengar. Hah lagi satu, jangan judge orang hanya dari luaran. Mana tau mamat di ada duit berjuta dalam akaun dia. Kau tak boleh scan orang lah dik" Khairul bersahaja. Yan tersentak. 


"Mamat Khairul ni boleh scan orang ke? baik aku cepat bertindak sebelum jadi apa-apa" Yan bermonolog sendiri.


"Err... maaflah. Sebab saya, kalian adik-beradik bergaduh pulak. Kenalkan, saya Aryan Haziq bin Irham. Boleh panggil saya Ian je" Ian mengenalkan dirinya sebelum perkara lain pula yang jadi.


"As you know, me, Wafa Aulia Dato Muiz" Wafa bersuara agak dingin.


"Aku Khairul Affendy bin Dato Muiz. Nice to know you, bro. Harap boleh jadi kawan kau" Khai bersalam dengan Ian. Ian hanya tersenyum.


"Sasaran dikenal pasti !" Ian tersenyum sinis di dalam hati. Matanya tidak lepas dari memandang Wafa yang sedang mengelamun melihat kearah sawah padi yang menghijau.


Dari sudut yang lain pula,


"Aryan Haziq Irham? Sounds familiar. Dia kah..?" Datin Safiya berbisik sendiri.










Saturday, 4 July 2015

Cik Bandar Dicinta Petani Kacak !


Aku merenung cecair berwarna putih yang setia berada di dalam gelasku. Tubuhku kaku. Masih terkesima dengan kata-kata yang keluar tepat dari mulut papaku. Bukan orang lain, papa aku ! Papa aku ! 


"Dah kenapa Wafa tiba-tiba jadi patung cendana ni? Nak ganti job Auntie Marya ke apa?" Abang Khai, menyakat aku tak habis-habis. Taulah dia paling sulung, buat apa pun, betul aja semuanya. Pantas aku hadiakan jelingan tajam termahal aku kepadanya. Dia gelakkan aku. Bertuah punya abang !


"Diam lah along! Along seronok lah sebab boleh jumpa kawan along. Wa ni haaa... tak sanggup Wa nak bayangkan macam mana hidup wa kat sana. Dengan nyamuk, lembu, lumpur eiii...taknak lah Wa ! Papa...kenapa papa tak boleh bawa kami berdua ikut papa? Wafa taknak tinggal kat kampung dengan nenek. Wafa tak suka. Wafa tak biasa. Lagipun Wafa dah lama tak tinggal sana, tak biasa dah pa. Janggal ! Bawaklah Wa papa, nak ikut papa pergi bercuti. Kalau papa takut kene pay more untuk tambang, tinggalkan aje along tu. Takyah bawak dia. Ye papa? please~" Aku buat muka sehabis comel aku di hadapan papa. Dapat aku tengok kat tepi, along dah hadiahkan jelingan maut dia pada aku. Tak takut . Tak takut. 


Papa menggelengkan kepala melihat telatah kami. Aku mencebik. Tak boleh jugak la kalau macam tu gayanya. Hampa.


"Papa bukannya pergi saja-saja. Papa kena bekerja kat sana la Wafa. Kalau la papa boleh bawa kamu semua, dah lama papa buat. Dengan mama kamu sekali papa usung. Bukan duit tambang pun yang papa risaukan. Papa lebih dari mampu, kamu tahu? It's about my work, sayang. I'm so sorry, little baby girl" Papa mengusap kepala aku sambil tersenyum.


"But..."


"Dahlah dik oi. Terimalah hakikat yang kau takde jodoh dengan Menara Eiffel. Jodoh kau nu haa..jauh kat kampung. Maybe tengah bagi kerbau makan sambil berendam dalam lumpur" 


Abang Khai gelak. Kuangsam punya abang ! 


"Malam sikit okay !"


"What ? memang dah malam pun. Esok along, mama and kau kena balik kampung dah. Jumpa jodoh kau" Abang Khai ketawa kuat lalu berjalan naik ke bilik sambil nyanyi lagu 'balik kampung'. Huh ! Mengalahkan langsuir . nak je aku baling garfu ni biar buta mata buta hati mamat tu ! Bikin panas aje.


"pa...."


"Wafa, pergi naik. Get your sleep, beautiful Princess. Esok nak kene bangun awal pagi. Kita kena betolak awal. Jauh kampung tu."


Mama mula bersuara. Terus mati kata-kata aku. Mama ni lain... dia lembut tapi tegas. Mama tak macam papa. Papa muka je nampak garang, tapi tak pernah tinggikan suara kat anak-anak. Sebab tu Along dengan aku naik lemak. Tapi aku sayang dua-dua !


"Okayyy....good night papa. Good night mama" aku bangun dan terus melekapkan bibir aku di kedua-dua belah pipi mama, kemudian beralih pula ke pipi berkedut papa. Kali ni aku bagi Special Hug untuk papa. 


Baru saja aku nak naik ke bilik. Suara mama kedengaran lagi.


"Aiii...untuk papa je ke? Untuk mama tak ada ye? Hurmm...siapalah yang sayang perempuan tua macam kita ni" 


Aku garu kepala. Pantas badanku dibawa ke mama.


"Perempuan tua yang vogue siapa je yang tak sayang mama?" Aku peluk mama erat-erat. Sampai aku sendiri tak boleh bernafas.


"Okay .. okay. Kut ye pun, janganlah peluk erat sangat. Sesak nafas mama rasa" mama memukul kecil belakangku.


"Wafa masuk tidur dulu. Assalamualaikum" aku tersengih dan berjalan laju masuk ke dalam bilik.


Datin Safiya dan Dato Muiz menggeleng melihat telatah anaknya.



"Budak tu... umur dah nak masuk 22. Tapi perangai masih macam budak-budak" 


"Macam awak dululah..."


"Apa abang ni ! Malu saya"


"Tak betul ke apa abang cakap? Awak dulu pun lepas kahwin dengan abang, nak berenggang sikit pun tak mau. Kelakar pulak teringat masa muda kita." Dato Muiz tersengih lebar memandang isterinya yang muka mengalahkan pekasam.


"Abang ni ha... ulang kaset lama pula. Malu saya kalau anak-anak dengar. Jadi bahan ketawa tahu ! Saya masuk dulu lah bang. Assalamualaikum" Datin Syafa mencium tangan suaminya lalu bergerak masuk ke bilik.


"Ehh Safiy. Kiss macam yang selalu Wafa bagi kat abang tu tak ade ke? Takkan anak je kut yang bagi kiss kat abang. Isteri tak nak ke?" 


Dato Muiz sakan mengusik isterinya.


"Gatal ! Tak kuasa saya nak melayan"


Datin Safiya bersuara dari dalam bilik. Terhambur ketawa Dato Muiz.



Teringat akan sesuatu, Dato Muiz pantas mencapai telefon bimbim berjenama Samsung yang dimilikinya. Jarinya laju menekan sesuatu di screen telefon itu.


Lama...


"Hello Irham. Aku ni, Muiz. Macam mana? Kau dah siapkan semuanya kan? Aku taknak ada masalah pula jadi nanti. Habis terbongkar, mengamuklah anak-anak dengan isteri aku, terutama Wafa." Muka Dato Muiz kelihatan serius.


"Ya ? bagus-bagus. Jangan sampai terbongkar. Aku nak kasi surprise kat Wafa ni. Aku rasa dah sampai masanya. Memandangkan dia aja anak perempuan yang aku ada."

Dato Muiz terangguk-angguk dan tersenyum.


"Terima kasih la Irham. Kau sudi jadi bakal besan aku. haha"


"Ye ye..aku pun tak sangka"

"ha okay... okay.. dah lewat ha. Aku nak naik tidur dulu. Jumpa kau kat sana. Assalamualaikum"


Panggilan dimatikan. Lantas Dato Muiz berjalan menuju ke biliknya. Satu senyuman menghiasi bibir tuanya. Senyuman misteri bersulamkan maksud tersirat.





PINTU kereta dibuka. Tudung merah jambu menari-nari ditiup angin. Wafa pantas memegang topi kembang yang menutupi tudung kepalanya. 


"bajet artis la adik ni. Siap bertopi bagai. Macamlah panas sangat kampung ni. Biasa je along rasa. Over betul"


"You shut up !"


"Urgh.." Khairul menjulingkan matanya ke atas dan menuju ke bonet kereta untuk mengangkat beg pakaian mereka sekeluarga.



"Tolong lah along sama. Berat ni !" Khairul mengeluh melihat adiknya yang bersantai sambil memandang suasana sekeliling. 


Wafa hanya buat tak dengar beserta muka malasnya.


"Bertuah. punya. adik." Khairul menjerit di telinga Wafa tika dia menjejakkan kakinya di sebelah Wafa.


"Ouch !" Wafa menggosok tudung yang melindungi telinganya.


Dari jauh, Wafa dapat lihat sekumpulan itik kampung berlumba ke arahnya. Ahh sudah. Dah kenapa? Terpikat dengan Cik Bandar si Wafa Aulia kah?


No


Tak Mungkin


Jangan Cakap



"This is nightmare !"


Wafa pantas berlari mengelilingi rumah kayu yang bertiang empat itu. Dikejar itik kampung bukanlah sesuatu yang dia pernah terfikirkan sebelum ini. 



"hahahahahhahhha....padan muka. Balasan sebab derhaka kat along !" Khairul ketawa berdekah-dekah sambil menekan perut melihat Wafa berlari bagai tak cukup tanah .